that should be me

Filem Cintan-Cintun♥

                                                      Pengarah : Othman Hafsham
Terbitan : Serangka Filem Sdn Bhd

Pelakon : Erra Fazira , Afdlin Shauki , Zaibo , Anuar Zain

Filem Soal Hati mula ditayangka pada 28 September 2000 dan dibintangi oleh Afdlin Shauki dan Erra Fazira . Soal Hati mengisahkan cinta antara Daniel seorang yang berpelajaran tinggi dan memiliki segalanya dengan seorang jurujual , Nurul Ain . Daniel jatuh cinta pandang pertama ketika terlanggar Ain . Untuk memikat , Danial memperkenalkan diri sebagai Ahmad kerana tidak mahu kedudukannya bakal menjauhkan Ain daripadanya . Ain merasa dirinya tertipu apabila mengetahui Danial anak seorang kaya . Daniel terpaksa memujuk semula Ain kerana dia masih mencintai wanita itu . Dalam Festival Filem Malaysia ke-15 , 2001 filem ini telah menobatkan Afdlin Shauki - Pelakon Lelaki Terbaik & Erra Fazira - Pelakon Wanita Terbaik .




Pengarah : Sharad Sharan
Terbitan : Astro Shaw Sdn Bhd 
Pelakon : Farid Kamil , Lisa Surihani , Que Haidar , Raja Farah , Fazura

Kasyah merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin . Namun , sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru , Ayu . Ayu telah benar-benar menambat hati dan perasaan Kasyah , membuat dia jatuh cinta . Ayu mencabar Kasyah untuk berubah da sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah . Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman . Kasyah berpisah sementara dengan Ayu . Azmi yang pernah mengecewakan Ayu , kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu . Melalui ibu Ayu , Mak Leha , Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu . Ayu berkahwin dengan Azmi . Kasyah kecewa . Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma . Melalui filem ini Lisa Surihani telah diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23 (2010)



Pengarah : Kabir Bhatia
Terbitan : Alternate Studio & Primeworks Studio Sdn Bhd
Pelakon : Dato' Rahim Razali , Fatimah Abu Bakar , Eizlan Yusof , Fasha Sandha , Pierre Andre , Sharifah Amani

CINTA adalah sebuah filem yang memaparkan lima kisah cinta berkisar di metropolis Kuala Lumpur . Setiap cerita adalah berbeza dan unik , namun setiap watak berkait menerus keadaan dan peristiwa . Bertemakan cinta , filem ini menceritakan lima pasangan dengan kisah cinta masing-masing di kota yang indah - ada yang sedang mencari cinta , ada yang bertemu cinta dan ada yang kehilangan cinta . Menerusi filem ini , cinta dapat juga dilihat dari pelbagai sudut dan juga cinta di antara warga emas . Filem ini telah memenangi filem terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-20 (2007)



Pengarah : Ahmad Idham 
Terbitan : MIG Production Sdn Bhd
Pelakon : Awal Ashaari , Heliza Helmi , Hadziq

Irham , gaya hidunya tidak ubah seperti orang barat . Alex dan Zainal mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini . Gadis tersebut adalah Syuhadah , seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati . Melihat 'ketulusan' Irham mendalami ajaran Islam , hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham seagai kawan . Namun Irham bukanya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah . Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa . Lakonan bersahaja pelakon cilik Hadziq telah membawa kemenangan bagi kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 (2009)


*harap korang layan jaa cta aku ni . aku saja2 busannn duduk dlm bilik , so aku bagi lhaa ada cita sikit . bukan aku nak jiwang2 or bunga2 sangat buad cta cmni . tp bg aku CINTA itu sangat indah , suci , tenang , kalau kita menikmatinya .